F

SOALAN LAZIM


1-SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.

2-SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya sekeping RM90( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)

3-SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.

4-SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Dari 26-32 sen panggilan seminit dan 13-15 sen sekali sms.

5-SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.

6-SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

7-SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup

8-SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

9-SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30

10-SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

11-SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

12-SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

13-SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini dibahagian pendaftaran affiliate.

14-SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Boleh.

15-SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

16-SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Oriental Capitol Ini?

Sebagai pengguna tunetalk-toneexcel anda layak untuk menerima PA Insurance PERCUMA bernilai RM100,000 daripada Oriental Capitol

Untuk maklumat lanjut mengenai insuran ini.

1. Untuk memeriksa kelayakkan anda samada dilindungi atau tidak, klik disini
http://www.tunetalk.com/services/insurance

2. Untuk membaca soal jawab mengenai insuran ini, klik disini
http://www.tunetalk.com/services/insurancefaq

3. Untuk membaca policy wording, seperti apa yang layak untuk claim, apa yang tidak layak dan kesemua syaratnya, klik disini
http://www.tunetalk.com/files/pdf/TUNE_TALK_GPA_POLICY.pdf

4. Download penama atau penerima insuran RM100,000, klik disini. Tetapi jika kita tidak meletakkan penama tersebut maka secara automatik, jika suami akan turun kepada isteri dan sebaliknya.
http://www.tunetalk.com/files/pdf/NOMINATION_FORM_FOR_TUNE_TALK.pdf

5. Download borang PA tuntutan. Klik disini
http://www.tunetalk.com/files/pdf/PA_Claim_Form.pdf

Jika anda mempunyai apa-apa kekeliruan mengenai insuran ini, anda boleh call kepada TuneTalk Claim Customer Service Officer ditalian 03-2070-2828 / 03-2070-8033

17-SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9056 3844.
Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut.

18-SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh.
Anda hanya perlu talipone nombor ini 03-79490000 dan beritahu mereka yang anda ingin menukar SIMKAD tunetalk biasa kepada TuneTalk-ToneExcel tetapi ingin mengekalkan no tunetalk yang lama itu.

19-SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

20-SOALAN: Bagaimana pula dengan rate panggilan keluar negara?
Anda boleh lihat disini. Klik Disini
Manakala International Roaming klik disini

21-SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

22-SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu.

23-Soalan: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8

24-Soalan: Saya nak tanya, Tune Talk - Tone Excel ada Pakej Internet Blackberry kah? Berapa kadarnya? Macamana nak aktifkan?
Maklumat pakej BB seperti charge dan juga cara nak aktifkannya, ada disini tuan.
http://www.toneexcel.com/?content=blackberry

25-Soalan: assalamualaikum..nak tanya, kenapa bila saya topup, x ada point bila cek baki.... nak buat mcm mana?
Hantarkan email ke info@toneexcel.com dengan maklumat nama penuh, IC, no handphone, no simkad. Beritahu yang anda topup tetapi point tidak dapat.

26-Soalan: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu,
Download borang 3rd Party disini
Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com atau fax ke 03-90575906
Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

27-Soalan: Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

28-Soalan: Apakah syarat, kelebihan dan cara untuk menjadi Service Center?
Syarat:
Syarat untuk menjadi SC anda perlulah membuat pembelian 220 keping SIMKAD pada harga RM72 sekeping, maka jumlahnya menjadi RM15,840, jika anda perlukan penghantaran secara curier, sila tambah lagi RM100 utk charge currier, sebab banyak juga barang yang perlu dihantar.

Kelebihan:
1. Komisyen anda menjadi
Level Pertama: 8%+2.5%=10.5%
Level Kedua: 3%+2.5%=5.5%
Level Ketiga: 13%+2.5%=15.5%
Level keEmpat sehingga INFINITI = 2.5%

2. Selepas pembelian 220 yang pertama itu, pembelian seterusnya hanya pada harga RM75 sekeping dan tanpa mengira kuantiti. Sekeping pun boleh. Dan dari sini anda akan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM5 setiap keping yang terjual.

Cara Menjadi SC:
1. Isikan FORM Service Center. Download dan print terlebih dahulu Klik Disini.
Isi bahagian yang penting sahaja, seperti Nama penuh, no IC, member ID anda, no hp, alamat penuh dan tanda-tangan. Jangan juga lupa isikan penaja anda (siapakan yang mengajak anda supaya menjadi service center) kerana penaja anda tersebut akan mendapat RM440 sebagai SC Introduction Bonus.

Untuk keterangan terperinci, sila klik untuk perjanjian dan prasyarat yang disediakan oleh ToneExcel.
atau penerangan melalui video, anda boleh klik disini
http://www.youtube.com/watch?v=q7Pwl7lb4KE

29-Soalan: Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini

30-Soalan: Assalamualaikum En. Awang,
Saya Dila dri Brunei. Nak tnya ttg www.toneexcel.com. Adakah penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya nak joint dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan masuk ke Singapore dan Thailand tahun ini juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas.
Terima kasih

Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma saya khuatir Dila menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau Dila ada akaun bank di Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk dapatkan SIMKAD tersebut klik sahaja di Pesanan SIMKAD di menu utama.

31-SOALAN: salam tuan, saya nak tanya, kawan saya dah daftar dan dah dapat no tunetalk, tapi kawan tu tak suka no tu, so kawan tu nak tukar no lain.?
Boleh, Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarakan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.

32-SOALAN: Macamana cara nak tebus point kepada tiket air asia ni atau nak tebus kepada airtime?
Jawapan dari rakan kita Ahmad Supian:
Maaf semua rakan2 Toneexcel . saya nak kongsi cara nak tebus point. ada 3 cara penebusan point :

1. Tiket Air Asia Emelkan Nama Penuh, No.K/p, Tarikh lahir, No Passport, Warga Negara, No. Hp Tune Talk, No Siri No SimKad, No HP Lain, Destinasi Yang Hendah Dituju, Tarikh Penerbangan, masa Penerbangan dan alamat Eeml Anda. Sila emelkan kepada customer.care@tunetalk.com tel no : 010-5001333 Tunetalk service.

2. Boleh Dapat 200 minit panggilan percuma hanya dalam Malaysia (kena ada 2000 point) hanya taip sms : 2000 dan hantar ke 1313

3. Memanjangkan tempoh masa tamat panggilan dan sms (contoh topup RM10 selama seminggu boleh dipanjangkan) sila hubungi Tune Talk service 010-5001333
SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM Reviewed by Berbagai_bagai on 1:51 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.